KUALA LUMPUR: AirAsia Group Sdn Bhd (AAG) bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September, mengambil alih status penyenaraian AirAsia X Bhd, kata Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd Tan Sri Tony Fernandes.
Beliau berkata AAG adalah syarikat penerbangan gabungan di bawah AirAsia Aviation Group Ltd (AAAGL), terdiri daripada anak syarikat AirAsia di Thailand, Indonesia, Filipina, dan tidak lama lagi di Kemboja, bersama dengan AirAsia Bhd (AAB) yang mengendalikan operasi di Malaysia.
"Penggabungan itu adalah untuk menyelaraskan operasi bagi tujuan untuk menjadi syarikat penerbangan tambang rendah terbesar di Asia dengan strategi 'One Airline' bagi mengubah wajah perjalanan tambang rendah global," katanya semasa majlis permeteraian perjanjian jual dan beli saham bersyarat antara Capital A dan AAG, hari ini.
Fernandes berkata beliau percaya langkah itu akan membuka jalan kepada Capital A untuk keluar daripada status PN17 selepas pelupusan anak syarikat milik penuhnya - AAAGL dan AAB.
"Jadi perkara pertama adalah menyiapkan pekeliling untuk janji niaga ini yang saya harap akan dapat dilakukan dalam masa dua minggu. Kemudian kami perlu menyerahkannya kepada Bursa Malaysia untuk mendapatkan kelulusan yang saya harap boleh dilakukan dengan segera.
"Selepas itu kami ada masa 21 hari untuk memanggil mesyuarat agung luar biasa daripada kedua-dua syarikat untuk meluluskan janji niaga ini. Jadi apabila ia selesai kelak, kami perlu mendapatkan kos untuk meluluskannya bagi pengurangan modal, kemudian barulah kami boleh disenaraikan," katanya.
Selepas penjualan, beliau berkata, Capital A akan mengekalkan empat perniagaan terasnya termasuk Capital A Aviation Services, Teleport, MOVE Digital dan Capital A International.
Fernandes berkata AirAsia Group akan mengoptimumkan keuntungan mereka dengan model pesawat yang cekap, dengan syarikat itu menambah model A320s dan mengurangkan model A330s kepada A321 Neo.
Semalam, Capital A mengumumkan kepada bursa saham bahawa ia telah memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk melupuskan 100 peratus kepentingan ekuitinya dalam AAAGL dan AAB pada harga RM6.8 bilion.
Capital A juga mengumumkan cadangan pengagihan saham biasa baharu dalam AAG untuk diterima sebagai saham pertimbangan bagi cadangan pelupusan AAAGL sebanyak RM2.20 bilion kepada pemegang saham yang layak bagi kumpulan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 26 2024
Fernandes berkata beliau percaya langkah itu akan membuka jalan kepada Capital A untuk keluar daripada status PN17 selepas pelupusan anak syarikat milik penuhnya - AAAGL dan AAB. - Gambar fail/Bernama
PBB rancang laluan baharu selepas bantuan jeti terhenti di Gaza
Ramai penduduk Palestin yang terdesak memerlukan bantuan memintas trak dan menyebabkan penghantaran terhenti secara berterusan.
Putin puji hubungan Rusia dengan Iran
Presiden Rusia, Vladimir Putin memuji Presiden Iran, Ebrahim Raisi sebagai rakan strategik yang sangat dipercayai dan mengesahkan hubungan baik antara Rusia dan Iran akan berterusan.
Beberapa negara boleh main peranan dalam isu Gaza, walau sementara
Setiausaha Negara AS. Antony Blinken pada Selasa berkata beberapa negara boleh memainkan peranan penting, "sekurang-kurangnya secara sementara," jika diperlukan dalam membantu menawarkan sebarang bentuk keselamatan bagi Gaza selepas perang.
Bercakap pada pendengaran Jawatankuasa Kecil Peruntukan Senat, Blinken membuat komen itu apabila ditanya sama ada beliau berpendapat bahawa Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu mempunyai keupayaan atau kemahuan untuk mengendalikan Semenanjung Gaza.
Bercakap pada pendengaran Jawatankuasa Kecil Peruntukan Senat, Blinken membuat komen itu apabila ditanya sama ada beliau berpendapat bahawa Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu mempunyai keupayaan atau kemahuan untuk mengendalikan Semenanjung Gaza.
WHO gesa Israel tarik sekatan bantuan ke Gaza
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyeru agar Israel menarik balik sekatan bantuan ke Gaza.
Tentera Israel terus mengganas di Jabalia, Rafah
Serangan serentak Israel di Semenanjung Gaza bulan ini telah menyebabkan penghijrahan baharu ratusan ribu rakyat Palestin.
PBB rancang laluan baharu selepas bantuan jeti terhenti di Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) merancang laluan baharu untuk mengagihkan bantuan daripada jeti binaan Amerika Syarikat di Gaza.
Tentera Israel terus mengganas di Jabalia dan Rafah
Tentera Israel menceroboh lebih dalam ke Jabalia di utara Gaza, menyerang sebuah hospital dan memusnahkan kawasan kediaman dengan kereta kebal dan pengeboman udara, pada Selasa.
Berjihad tawarkan kepakaran memasak kepada 31,600 jemaah di tanah suci
Chef Anas Ahmad dari Perlis memilih untuk tinggalkan keluarga dan lupakan bisnes kedai makanan hanya untuk berbakti kepada 31,600 jemaah dengan menawarkan kemahiran memasaknya atas alasan ia adalah satu jihad kerana tiada wang yang banyak untuk diberikan.
Ireland umum iktiraf negara Palestin
Pengumuman itu dijangka akan dibuat serentak dengan beberapa negara anggota Kesatuan Eropah (EU) lain iaitu Sepanyol, Slovenia dan Malta.
Netanyahu sifatkan pendakwaan ICC ke atasnya “keterlaluan”
Ketua Pendakwa Raya ICC didakwa Netanyahu telah mengeluarkan tuduhan berbahaya dan palsu.
Kerugian bersih Airasia X meningkat kepada RM305.24 juta
Perolehan hasilnya turut berkurangan kepada RM91.44 juta daripada RM1.01 bilion sebelum ini.
AirAsia X mungkin kembali ke India
Airasia X melihat kemungkinan akan memulakan kembali laluan ke eropah dan India yang dihentikan akibat kos tinggi sebelum ini.